
KANGAR, 1 Jan 26 — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan, menarik balik notis pemakluman kekosongan tiga kerusi DUN kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekali gus mengesahkan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan.
Tiga kerusi terlibat ialah DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji, yang sebelum ini dikosongkan susulan isu keahlian melibatkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Penarikan balik notis itu dibuat melalui surat rasmi kepada SPR pada 31 Disember 2025, membatalkan pemakluman terdahulu yang menyatakan keperluan mengadakan PRK bagi mengisi kekosongan berkenaan.
Speaker difahamkan mengambil kira peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis yang membenarkan PRK tidak diadakan sekiranya kekosongan berlaku selepas tempoh tertentu dalam penggal DUN, selain pertimbangan kestabilan politik negeri.
Dengan keputusan itu, ketiga-tiga kerusi berkenaan akan kekal kosong sehingga tamat penggal atau Pilihan Raya Umum akan datang. @politiko
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.