
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning adalah ‘wakeup call’ kepada Perikatan Nasional (PN) apabila gabungan itu tewas kepada calon Barisan Nasional (BN).
Sekalipun ia pilihanraya kecil, namun keputusan ini boleh menjadi isyarat penting tentang perubahan pola pengundian rakyat Malaysia.
Jika dibandingkan dengan PRU15, PRK Ayer Kuning inin menunjukkan undi PN berkurangan sebanyak 753 undi, sekalipun merosot tetapi ia selari dengan peratusan keluar mengundi yang sangat rendah iaiitu sekitar 58 peratus berbanding jangkaan SPR iaitu 70 peratus. Soalan mengapa jumlah keluar mengundi rendah, itu perlu analisis lain.
Tetapi dalam konteks PN, fokus pemerhatian ini terarah kepada strategi serta kepimpinan yang membentuk ‘feel good’ faktor.
Dalam PRK Ayer Kuning ini, ‘feel good factor’ dikalangan kepimpinan PN tidak kelihatan. Seolah-olah strategi kempen hanya ditentukan oleh parti PAS sahaja. Dukungan dari kalangan jentera parti Bersatu terlalu kurang malah ada pemimpin akar umbi mengatakan, tiada komunikasi dikalangan kepimpinan PN negeri.
Ahli Politik Veteran, Ibrahim Ali mengkritik pendekatan kempen ‘ladang babi’ ini sebagai “strategi bodoh dan bangang”, mencerminkan kegagalan memahami sentimen sebenar di peringkat akar umbi.
Ironinya, ladang babi yang dijadikan modal kempen oleh PN merupakan isu lama yang tidak diselesaikan ketika mereka sendiri berkuasa di negeri tersebut. Ini menyebabkan pengundi menganggap PN tidak mempunyai kredibiliti untuk membawa perubahan sebenar.
Hanya 58% keluar mengundi, satu angka yang jauh daripada ideal. Trend ini memihak kepada BN, yang memiliki jaringan pengundi setia yang disokong oleh jentera untuk pengundi keluar mengundi.
Ayer Kuning adalah antara DUN yang tidak pernah terlepas dari tangan BN sejak beberapa dekad lalu. Tradisi dan hubungan akar umbi UMNO dengan masyarakat setempat memainkan peranan besar dalam memastikan kepercayaan pengundi kekal utuh.
Sementara itu, pengundi muda, yang cenderung kepada PN, dilihat tidak pulang mengundi kerana faktor logistik dan mungkin kerana faktor kos.
Walaupun kalah, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor, berpendapat bahawa “pengundi teras PN masih kekal”.
Namun penganalisis bersependapat bahawa angka mutlak menunjukkan trend negatif, dan PN perlu melakukan perubahan drastik dalam strategi mereka — termasuk menjenamakan semula pendekatan kempen mereka agar lebih inklusif dan isu-sentris.
Kekalahan ini memberi isyarat penting antaranya pengundi muda semakin menjauhi retorik kosong dan tindakan politik yang lebih jelas dan terarah.
Ia juga menunjukkan gabungan PN dilihat lemah dan gagal mewujudkan ‘fell good factor’ yang boleh menarik minat pengundi untuk balik atau keluar mengundi. Kelompongan ini memberi kesan terhadap strategi kempen secara keseluruhan.
Bagi PN, ini adalah waktu yang kritikal untuk bermuhasabah — membina naratif baru, memperkukuh dasar ekonomi dan sosial, serta mendekati semua lapisan masyarakat tanpa prejudis.
Sebelum ini, dari sepuluh PRK sejak 2023 hingga kini April 2025, PN hanya menang tiga kerusi (2 Parlimen dan 1 Dun). Mankala BN menang 3 kerusi ke semua Dun dan PH menang 3 (1 parlimen 2 Dun) manakala GPA satu kerusi Dun di Sarawak. @analitiko
PRK Kuala Terengganu (Parlimen) 2023
Ahmad Amzad Hashim (PN)
PRK Pulai (Parlimen) 2023
Suhaizan Kaiat (PH)
PRK Simpang Jeram (DUN Johor) 2023
Nazri Abdul Rahman (PH)
PRK Pelangai (DUN Pahang) 2023
Amizar Abu Adam (BN)
PRK Jepak (DUN Sarawak) 2023
Iskandar Turkee (GPS)
PRK Kemaman (Parlimen) 2023
Ahmad Samsuri Mokhtar (PN)
PRK Sungai Bakap (DUN Pulau Pinang)2024
Joohari Ariffin (PH)
PRK Nenggiri (DUN Kelantan)2024
Mohd Azizi Abu Naim (PN)
PRK Mahkota (DUN Johor) 2024
Syed Hussien Syed Abdullah (BN)
PRK Ayer Kuning (DUN Perak) 2025
Dr. Mohamad Yusri Bakir (BN)