PRN Sabah: ‘Gelombang Hitam’ Kejanggalan PRN Sabah, Rakyat Perlu Bijak Memilih, Kata PAS

Foto – facebook Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR, 11 NOV 25 – Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan berlaku peristiwa janggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kali ini  apabila sekumpulan calon bebas membentuk pakatan dikenali sebagai Gelombang Hitam.

Beliau berkata, belum pernah dalam sejarah politik Sabah wujud calon bebas yang bergabung secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya negeri.

“Fenomena ini pelik dan rakyat Sabah perlu menilai dengan bijak calon-calon yang akan menawarkan diri pada PRN kali ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim memaklumkan, Perikatan Nasional (PN) akan meletakkan calon berwibawa yang bersedia berkhidmat untuk rakyat Sabah.

Antaranya, di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai yang bakal ditandingi Pesuruhjaya PAS Sabah merangkap Naib Pengerusi PN Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan.

Menurutnya, Dr. Aliakbar bukan nama asing di Karambunai kerana beliau sudah lama turun padang bersama rakyat tanpa menunggu musim pilihan raya.

PN dijangka bertanding di 40 daripada 73 kerusi DUN Sabah, termasuk lima calon daripada PAS dengan pengumuman rasmi calon dijadual dalam masa terdekat

Kumpulan Gelombang Hitam setakat ini dianggotai 17 calon bebas termasuk Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share