Oleh : Ghafar Mohamad

Bila orang ada PhD tapi masih buta tengok Jalur Gemilang yang cacat, kita pun tertanya – ini betul profesor ke, atau sekadar ‘intelek mee segera’ yang hidup dalam gelembung sendiri?
Baru reda isu lama, tiba-tiba tiga akhbar Cina buat ‘silap mata’ lagi – bulan sabit lesap entah ke mana. Dan macam biasa, skrip lama keluar balik: “Silap reka bentuk.”
Reka bentuk kepala siapa? Silap jenis sama, dari geng media yang sama, yang sejarah ‘terlupa’ lambang Islam dan Melayu dah panjang berjela. Tapi peliknya, bila rakyat tanya, yang kena marah rakyat pula. Tak boleh tegur, nanti dituduh rasis, tak rasional, emosi lebih.
Lepas tu masuk hero pentas: Profesor Tajuddin Rasdi. Konon ikon “Islam progresif”, tapi gaya bercakap macam dia yang cipta Islam versi baru.
Rakyat tanya mana bulan sabit, dia jawab:
“Ini tanda negara menuju kehancuran.”
Lucu. Yang hilangkan simbol agama tu siapa? Rakyat yang sayang bendera, atau media yang ulang-ulang buat kerja tak hormat ni?
Ironi sungguh – konon pakar tamadun, tapi gagal faham benda paling asas: bendera bukan sekadar hiasan. Itu lambang maruah dan jati diri negara.
Tapi bagi geng ‘bijak pandai’ ni, kalau rakyat marah bila bendera dikacau, itu ‘emosi tak rasional’. Eh, kalau hilang lambang agama pun buat tak tahu – itu bukan rasional. Itu bisu intelek.
Lepas tu, geng GERAK pun muncul. Macam biasa, terus cop rakyat sebagai xenofobik, ekstrem, tak logik. Senang kerja: rakyat bersuara, terus dicop jahat. Tapi bila lambang Islam dipadam berkali-kali, mereka senyap, angguk saja.
Nak ingatkan satu benda:
Bulan sabit itu lambang Islam – agama Persekutuan, ada dalam Perlembagaan. Hilang bulan sabit, hilang jati diri Malaysia.
Tapi nampaknya, ada yang rasa tak selesa dengan hakikat tu. Mungkin sebab naratif mereka memang bukan untuk Melayu Islam, tapi untuk sedap didengar di luar negara.
Cakap tinggi, tapi tak pijak tanah. Tulis panjang, tapi hati kosong.
Dan sekarang rakyat pula nak dipersalahkan sebab berani bersuara?
Maaf. Kami tak setuju. Dan kami dah letih dengan profesor yang cuma gah pada kertas, tapi langsung tak reti hormat bendera negara sendiri.
Gelaran boleh dapat. Tapi harga diri dan keberanian… bukan semua orang ada.
Ghafar Mohamad (ProWaris)