Putra Dakwa Kerajaan Buat Duit Dari Poket Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Jun 25 – Kerajaan diingatkan agar tidak bergantung kepada cukai rakyat sebagai jalan pintas menjana pendapatan negara kerana tindakan itu hanya membebankan rakyat tanpa impak sebenar kepada pertumbuhan ekonomi.

Ahli Dewan Tertinggi Putra Dr. Mohamad Izwan Zainal menegaskan, kerajaan yang bertanggungjawab adalah mereka yang mencipta kekayaan.

“Sebuah kerajaan yang benar-benar dominan ialah kerajaan yang mencipta kekayaan, bukan mencaras hasil rakyat.

“SST (cukai jualan dan perkhidmatan) yang dikenakan hari ini tidak memberi pulangan setimpal, malah Ini menunjukkan kelemahan dalam perancangan fiskal – seolah-olah satu-satunya cara kerajaan ‘buat duit’ adalah dengan mengorek poket rakyat sendiri,” katanya, dalam satu kenyataan.

Katanya, peluasan skop SST bermula Julai depan merupakan usaha yang secara terang-terangan menjadikan rakyat sebagai sumber utama ‘penyelesaian masalah kewangan negara’.

“Di saat kerajaan sepatutnya menjana pendapatan melalui pembaharuan ekonomi, pelaburan strategik, dan pengurusan aset negara yang lebih cekap, mereka memilih jalan mudah: kenakan lebih banyak cukai kepada rakyat.

“Ini bukan strategi ekonomi – ini strategi kelemahan terselindung di sebalik istilah ‘pengukuhan fiskal’,” tegasnya.

“Sudah tiba masanya kerajaan hentikan pendekatan lama, dan bangkit bina pendapatan melalui hasil negara sebenar – bukan melalui cukai demi cukai yang menindas!. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share