Rafizi Mampu Beri Tekanan Ke Atas Anwar

Oleh : Khairuddin Abu Hassan

‘Tepuk dada tanya diri sendiri’ samada Rafizi Ramli mahu terus bersubahat dengan kepimpinan munafiq, fasiq dan hipokrit ataupun beliau mahu terus bangun menentang segala pembohongan Anwar Ibrahim yang sedang menggugat bangsa, negara serta agama.

Apabila Rafizi Ramli mula bercakap tentang kebenaran sebenar mengenai kelemahan Anwar Ibrahim telah membuatkan segelintir kumpulan dalaman PMX khususnya yang sedang menyakau untuk agenda kepentingan peribadi telah menjadi semakin takut.

Puak-puak ini akan mula bertindak dengan menggunakan kaedah mafia bagi menakut-nakutkan musuh-musuh mereka.

Kalangan ini berani melakukan apa saja kerana mereka akan terlindung di bawah bayangan Perdana Menteri paling korup yang sedang mencengkam dan kawal semua badan-badan penguatkuasaan undang-undang di negara kita.

Serangan secara bacul ke atas anak Rafizi Ramli kemungkinannya ada kaitan dengan tindakan berani Rafizi Ramli yang boleh menggugat kedudukan mereka.

Puak-puak korup yang ditentang secara dalaman oleh Rafizi Ramli sedar sekiranya mereka tumbang bakal menghadapi pelbagai tindakan undang-undang.

Sudah sampai masanya rakyat kena berani bangun untuk melawan setiap kemungkaran yang dilakukan oleh PMX demi memelihara kesejahteraan masa depan tanahair kita.

Kita jangan sama sekali takut dengan pemimpin-pemimpin korup yang harus ditentang secara habis-habisan khususnya tokoh pemimpin sewel dan gila seperti Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim pun manusia biasa seperti kita semua jadi apa perlu kita takut dengan pemimpin munafiq, fasiq serta hipokrit seperti ini.

Sedikit sebanyak saya ‘angkat topi’ buat Rafizi Ramli yang secara tegas menyatakan beliau tidak akan tunduk pada sebarang bentuk ugutan serta akan terus membongkarkan kemungkaran-kemungkaran yang sedang berlaku kini.

Tidak kira kawan ataupun musuh prinsip seperti Rafizi Ramli harus disanjungi demi masa depan anak cucu kita semua.

Allah swt akan senantiasa melindungi pemimpin-pemimpin yang menegakkan kebenaran berteraskan ajaran agama Islam yang tulen.

Dalam masa yang sama saya terus berdoa agar Rafizi Ramli dan rakan-rakan beliau yang berprinsip untuk terus berjuang selamatkan negara kita dari terus dirosakkan oleh PMX yang kemungkinannya tidak boleh dibaikki lagi.

Khairuddin Abu Hassan , ADT Muafakat Nasional

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Psikoanalisis: Muhyiddin Pasca PRU15

Kesimpulannya, kepimpinan Muhyiddin kelihatan lebih efektif apabila disertai kuasa eksekutif. Tanpa kuasa, arah politiknya menjadi kabur, menunjukkan kebergantungan bawah sedar terhadap legitimasi kuasa, bukan terhadap daya kepimpinan semula jadi.
Read More
Total
0
Share