Rebat 30% FIMI: Pelaburan Strategik Atau Sekadar Subsidi?

PARLIMEN | 12 Feb 26 – Ahli Parlimen Tase Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan bahawa insentif Film in Malaysia Incentive (FIMI) yang menawarkan rebat 30% kepada produksi asing perlu dikaji semula dari perspektif pulangan sebenar kepada rakyat dan industri tempatan.

Dalam sesi perbahasan di Parlimen hari ini, beliau menekankan bahawa manfaat FIMI tidak boleh sekadar menjadi subsidi kepada syarikat asing, sebaliknya harus memberi peluang kepada kru dan artis tempatan untuk menguasai kemahiran dan jawatan penting di set penggambaran.

“Kita tidak mahu tenaga kerja tempatan sekadar menjadi ‘pemerhati’. Kru tempatan mesti memegang posisi utama bagi memastikan berlaku knowledge and skill transfer,” kata YB Wan Saiful.

Beliau turut menekankan bahawa artis tempatan perlu diberikan watak signifikan agar dapat berkembang menjadi figura antarabangsa, seperti Michelle Yeoh, yang bermula dari bumi sendiri.

Selain itu, YB Wan Saiful menyorot isu pulangan nilai untuk dana rakyat yang disalurkan melalui FINAS, dengan menegaskan bahawa insentif ini harus menghasilkan ROI tinggi untuk ekosistem kreatif tempatan dan bukan hanya menguntungkan produksi asing.

“Duit rakyat yang disalurkan melalui FINAS mesti memberi pulangan nilai yang nyata. Jangan biarkan syarikat asing sahaja yang ‘kenyang’, manakala industri kita sekadar mendapat sisa,” tambah beliau.

Pakar ekonomi kreatif melihat kenyataan ini sebagai signal kritikal kepada kerajaan bahawa FIMI, walaupun berjaya menarik produksi luar, perlu diselaraskan supaya industri tempatan benar-benar berkembang dan mampu bersaing di peringkat global. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share