Retak Menanti Belah: Masa Depan BERSATU Dalam PN Semakin Samar

“Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.” Peribahasa itu kini seakan tepat menggambarkan hubungan antara PAS dan BERSATU dalam Perikatan Nasional.

Sidang media Tan Sri Abdul Hadi Awang  bukan sekadar kenyataan biasa, tetapi memberi isyarat jelas bahawa keretakan dalam gabungan itu semakin sukar disembunyikan.

Selama ini PAS dilihat terlalu banyak berdiam diri dan bersabar dengan sikap BERSATU yang sering bertindak seolah-olah merekalah “Abang Besar” dalam PN.

Dari soal pembahagian kerusi, penentuan hala tuju politik hinggalah kepada keputusan strategik gabungan, BERSATU dilihat mahu mendominasi. PAS pula memilih pendekatan berhati-hati demi menjaga kestabilan gabungan dan mengelakkan perpecahan terbuka.

Namun, kesabaran itu ada batasnya. Nada sinis dan penuh makna daripada Presiden PAS memberi gambaran bahawa parti itu sudah mula menilai semula kedudukan sebenar BERSATU dalam kerjasama politik mereka.

Walaupun Tan Sri Hadi Awang cuba meredakan keadaan dengan menyatakan apa yang berlaku hanyalah perkara biasa dalam politik, Bahasa tubuh dan mesej tersirat jelas menunjukkan wujud rasa tidak puas hati yang semakin membara.

Ramai pemerhati percaya perkembangan ini ada kaitan rapat dengan mesyuarat penting Perikatan Nasional baru-baru ini. Tidak mustahil wujud percanggahan besar yang gagal diselesaikan di meja rundingan. Apabila kepercayaan mula terhakis, hubungan politik hanya tinggal “Tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain”.

Jika keadaan terus memuncak, kemungkinan BERSATU disingkir atau dipinggirkan daripada pengaruh utama dalam PN bukan lagi sekadar spekulasi. PAS kini dilihat semakin yakin dengan kekuatan sendiri, terutama selepas berjaya memperkukuh pengaruh di negeri-negeri Melayu.

Dalam politik, kawan hari ini boleh menjadi lawan esok. Dan jika Api Dalam Sekam ini terus marak, tidak mustahil PN bakal menyaksikan perpecahan paling besar menjelang pilihan raya akan datang.

Norsahar Ahmad, Ketua RESET Sepanggar

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Kerana Apa Melayu Mesti Terus Pimpin Negara?

Tetapi pada masa sama, beliau menekankan bahawa orang Melayu sebagai kaum majoriti dan penduduk asal perlu kekal berperanan sebagai pentadbir utama, agar struktur negara kekal stabil dan tidak terdedah kepada ketegangan kaum yang merugikan semua pihak.
Read More
Total
0
Share