
KUALA LUMPUR | 23 Mei 27 — Bekalan tenaga negara ketika ini dilaporkan hanya mampu bertahan sehingga Julai depan sekiranya tiada sumber tambahan berjaya diperoleh dalam tempoh terdekat.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan kini sedang mempergiat usaha bagi memastikan bekalan tenaga negara dapat dipanjangkan sekurang-kurangnya sehingga Disember ini.
Menurut beliau, pelbagai langkah sedang diambil termasuk mendapatkan sumber bekalan tambahan dari luar negara bagi mengelakkan negara berdepan tekanan bekalan tenaga.
“PETRONAS sedang bertungkus-lumus mendapatkan sumber bekalan termasuk meneroka pasaran di Afrika,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di Putrajaya.
Beliau berkata, keadaan pasaran tenaga global yang tidak menentu ketika ini memberi cabaran besar kepada banyak negara termasuk Malaysia.
Katanya, peningkatan kos tenaga dunia dan gangguan rantaian bekalan turut memberi tekanan kepada sektor industri serta ekonomi domestik.
Sehubungan itu, kerajaan menggesa rakyat dan sektor industri mengamalkan penggunaan tenaga secara lebih berhemah bagi membantu mengurangkan tekanan terhadap bekalan sedia ada.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan sedang mengambil semua langkah perlu bagi memastikan keterjaminan tenaga negara kekal terkawal.
“Insya-Allah cukup,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai situasi bekalan tenaga negara. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.