Ronald Kiandee: Naik Ambang 800 kWj Tak Cukup, Rakyat Masih Terbeban

KUALA LUMPUR | 19 Sep 26 – Kenaikan ambang perlindungan bil elektrik daripada 600 kepada 800 kilowatt-jam (kWj) yang diputuskan kerajaan dilihat belum memadai untuk menangani beban kenaikan bil elektrik yang sedang ditanggung rakyat.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, keputusan itu hanya memberi penyelesaian sementara kerana perlindungan berkenaan berkuat kuasa sehingga 31 Disember ini.

“Masalah ini adalah masalah nyata. Rakyat sedang menanggung kenaikan bil elektrik yang melampau,” katanya kepada Politiko.

Menurutnya, keputusan kerajaan dalam mesyuarat khas semalam untuk menaikkan ambang perlindungan daripada 600 kepada 800 kWj masih tidak mencukupi untuk menangani masalah tersebut.

“Keputusan kerajaan sekadar menaikkan ambang perlindungan bil elektrik daripada 600 ke 800 kWj seperti diputuskan dalam mesyuarat khas semalam tidak mencukupi.

“Langkah ini juga bersifat sementara kerana hanya berkuat kuasa sehingga 31 Disember. Perlu langkah mitigasi yang lebih berkesan,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share