
KUALA LUMPUR, 17 Ogos 25 — Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pihaknya menunggu siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) siasat berkenaan tuduhan dikeluarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mengemukakan permohonan maaf adalah tidak wajar.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata amalan itu seolah-olah membenarkan berita palsu disiarkan dan diselesaikan dengan permohonan maaf.
“Pagoh (Muhyiddin) dah minta dia (Anwar) minta maaf, saya bangkitkan sekali lagi, dia kata bukan dia tidak mahu minta maaf, dia nak tunggu MCMC siasat hingga jelas itu ‘fake news’ dia minta maaf.
“Mulai sekarang semua rakyat boleh buat ‘fake news: kemudian minta MCMC siasat, ‘comfirm fake news’ baru minta maaf. Takkan itu caranya,” kata Hamzah dalam rakaman video itu disiarkan di media sosial miliknya.
Rakaman video itu turut disertakan kapsyen “tak pasti jangan kongsi, bukannya lepas kongsi baru tak pasti.”
Hamzah mengulas tuduhan Anwar terhadap pengerusi Perikatan Nasional (PN) kononnya Muhyiddin mempertahankan warga asing dalam pemberian subsidi minyak.
Muhyiddin bagaimanapun turut menafikan perkara itu. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.