Siasatan Ke Atas Ketua Pemuda MCA Pahang Tidak Wajar, Kata Bersatu

KUALA LUMPUR, 19 JUN – Tindakan polis memanggil Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun, untuk dirakam keterangan dan merampas telefon bimbit miliknya adalah bentuk intimidasi yang tidak wajar, kata anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menegaskan, Siew Mun hanya membangkitkan kegusaran awam berhubung isu keselamatan data peribadi rakyat.

“Tindakan autoritarian sebegini sudah menjadi rutin dalam pentadbiran PH-BN.

“Tindakan ini adalah satu lagi intimidasi politik yang tidak wajar dan mencemarkan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan,” katanya, dalam satu kenyataan.

Ketua portfolio komunikasi ahli Parlimen Perikatan Nasional itu menegaskan tindakan terhadap Siew Mun itu membuktikan jaminan Perdana Menteri Datuk Serai Anwar Ibrahim berkenaan kepentingan kebebasan media dalam sistem demokrasi ketika sambutan Hari Wartawan Nasional baru-baru ini juga sekadar retorik dan fantasi.

“Siasatan ke atas beliau di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah keterlaluan.

“Siew Mun dipanggil hanya kerana beliau menyuarakan kebimbangan awam berhubung isu keselamatan data peribadi rakyat,” tegas Wan Saiful.

Beliau turut menegaskan sekali lagi,  tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengarahkan semua syarikat telekomunikasi  menyerahkan data pengguna telefon di Malaysia dihentikan.

Menurutnya, langkah itu harus dihentikan sehingga satu mekanisme pemantauan yang lengkap diwujudkan oleh parlimen.

Terdahulu. Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan, Pemuda MCA Pahang Wong Siew Mun dirakam keterangan oleh pihak polis di Bukit Aman berhubung isu serahan data peribadi pengguna. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Krisis Takhta Negeri Sembilan Berterusan

"Yang Dipertuan Besar tidak oleh wujud tanpa adanya Undang Yang Empat, sekiranya mereka tidak lagi memberi sokongan kepada Yang Dipertuan Besar atas mana-mana kesalahan, atau hal-hal yang mencuit, merosakan nama baik kesempurnaan tugas dan adat yang dilakukan. Maka Yang Dipertuan Besar boleh diturun takhta oleh Undang Yang Empat (dengan dua syarat tersebut)," katanya
Read More

ADUN Bayu Letak Jawatan Ahli MPT BERSATU

Perkara itu disahkan oleh pembantunya, Zeffis Ellias, yang memaklumkan keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan Mohd Taufik memberi tumpuan sepenuhnya kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Bayu.
Read More
Total
0
Share