Ibu Pejabat PN Di Lokasi Baru, Kontrak Sewa Pejabat Sedia Ada Tamat

KUALA LUMPUR, 6 Jul 25 – Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan ibu pejabat gabungan pembangkang kini beroperasi dari satu lokasi sementara tidak rasmi menunggu premis baru yang sedang disiapkan.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Azmin mengesahkan keputusan untuk tidak memperbaharui perjanjian sewaan pejabat di Solaris Dutamas yang tamat pada April telah diluluskan oleh pucuk pimpinan PN

“Perjanjian penyewaan tidak dilanjutkan atas persetujuan bersama di antara pemilik dan penyewa. Perkara ini telah dimaklumkan dan mendapat persetujuan pimpinan tertinggi PN.

“Pentadbiran dan urusan Ibu Pejabat PN masih beroperasi seperti biasa di bawah kendalian pegawai-pegawai dan kakitangan Ibu pejabat di lokasi tidak rasmi sementara premis yang baru sedang disiapkan,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Naik Lagi, Harga Diesel Cecah RM6.72 Seliter

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, kenaikan tersebut didorong oleh lonjakan harga minyak mentah global sejak beberapa minggu lalu, susulan krisis tenaga di Asia Barat yang turut meningkatkan kos logistik dan insurans.
Read More
Total
0
Share