Syed Hassan Bidas Kenyataan Dr. Akmal

KUALA LUMPUR | 30 Mac 26 — Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, membidas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, YB Dr. Akmal, yang mendakwa pembangkang mempolitikkan isu kenaikan harga petrol dan diesel.

Menurut Syed Hassan, sebaliknya kerajaan sendiri yang mempolitikkan kenaikan harga, apabila hanya rakyat di Semenanjung dibebani, manakala pengguna di Sabah dan Sarawak tidak mengalami sebarang kenaikan.

“Kerajaan jelas adalah pihak yang mempolitikan isu kenaikan harga petrol dan diesel apabila hanya pengguna di Semenanjung sahaja dibebani, manakala di Sabah dan Sarawak tiada kenaikan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa kenaikan harga bahan bakar itu turut menaikkan harga barangan keperluan, membebankan rakyat keseluruhan, dan bukannya isu yang dipolitikkan oleh pembangkang.

Syed Hassan juga menyindir Dr. Akmal kerana mengkritik pihak pembangkang, sedangkan sepatutnya pimpinan UMNO dan pembangkang bersama rakyat mengecam kerajaan yang menaikkan harga bahan bakar lebih tinggi daripada negara bukan pengeluar minyak.

“Semua ini jelas mainan politik kerajaan Madani. Dr. Akmal tak nampak ke?” tambah beliau, merujuk kepada perbezaan harga diesel antara Semenanjung dan Sabah yang jauh lebih murah.

Kenyataan Syed Hassan ini menegaskan bahawa isu kenaikan harga petrol dan diesel bukan sahaja soal politik pembangkang, tetapi bebanan ekonomi nyata yang ditanggung rakyat, dan menjadi sasaran kritikan Presiden Perkasa terhadap pemimpin UMNO yang cuba menafikan realiti itu.

Kenyataan ini dikeluarkan dua hari sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden Perkasa. Pada awal Mac, Syed Hasan telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Perkasa yang akan berkuat kuasa pada 1 April. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share