Tahun Berlalu

Waktu berjalan, ke depan

Tidak menunggu kita

Waktu pergi

Untung rugi, kita perolehi

Atas niat, tindakan kita

Baik ia, untung kita

Buruk ia, rugi kita

Menyebut nama Allah

Dalam niat, setiap tindakan

Pasti dirahmati diberkati

KeizinanNya dicari

RedhaNya ditagih

Golongan ilmuwan, sikaya,

kecil sekali bilangannya

Ilmu biar, di dada

Harta biar, di tangan

Ilmunya, hartanya membukit

Jadikan alat bantu memerlukan

Agar masyarakat diterangi Cahaya

Memandu jalan Illahi

Agar masyarakat dikayakan

Simiskin, cacat, sakit terlentang

Perolehi sesuap makan, keselamatan, harapan

Terbela, tidak terabai,

Hidup bahagia jua

Bermaruah juga

Ilmuwan, sikaya

Kebisingan sedunia dengan celoteh

Jauhi bersikap pandai baiki labu

Tapi diam, sunyi membisu

Apabila ilmuwan, sikaya

Memiliki melimpahi keperluan

Apa dimiliki itu amanah Allah

Tujuannya bukan hak keistimewaan

Hanya bertanggungjawan memberi berkongsi

Itu kehidupan diberkati

Legasi kita tidak dikira dalam anugerah berat di dada

Legasi kita tidak dikira dalam berat emas di bank

Legasi kita dikira luka-luka, sakit disembuh

Kehidupan bantu dibaik pulih

Kerendahan hati dipasang dengan keazaman

Keimanan, ketaqwaan dengan tindakan

Kebesaran bukan diukur dengan kemasyhuran

Tapi dengan pengorbanan

Oleh : Mansor Mohd Noor, Pajam, 01 01 2026

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Majlis Iftar Hamzah Vs Majlis Iftar Muhyiddin: Bah. 2

Justeru, kepada juak-juak Azmin Ali, kalau benar mahu berbangga dengan majlis yang “ramai orang”, silakan. Tiada siapa yang menghalang. Tetapi dalam politik yang matang, kekuatan tidak diukur dengan bilangan pinggan nasi, tetapi dengan siapa yang duduk di meja kepimpinan.  
Read More

Apa Rasional Kedah Tuntut RM200 Juta?

Ini bermakna Kedah secara rasional, memilih untuk tidak mengejar pembangunan demi terus menjadi sebagai ‘jantung beras’ negara. Pilihan rasional ini juga boleh dilihat sebagai suatu ‘pengorbanan besar’ kepada negara.
Read More
Total
0
Share