Tarif Naik, Kerajaan Perlu Jelaskan Kenapa Rundingan Gagal – MP Bersatu

KUALA LUMPUR, 8 Jul 25 – Wakil rakyat Bersatu mempersoalkan tindakan Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar tarif daripada 24% kepada 25% yang dikenakan terhadap negara ini, bermula 1 Ogos depan, sedangkan rundingan sudah dijalankan oleh menteri.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan kerajaan perlu segera memberi penjelasan rundingan yang dilakukan gagal mencapai sasaran menurunkan kadar tarif Presiden AS Donald Trump.

“Kerajaan perlu segera jelaskan kenapa rundingan yang dilakukan oleh kerajaan gagal menurunkan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika, sebaliknya kadar itu naik selepas rundingan.

“Sepatutnya matlamat rundingan ialah untuk menurunkan kadar tarif itu,” katanya, dalam hantaran di Facebook.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Bersatu itu berkata, ia jelas menunjukkan bukti kerajaan gagal mempertahankan kepentingan negara.

“Ini bukti jelas kerajaan gagal memenuhi harapan rakyat dalam hal tarif.

“Dan ini bukti jelas menteri yang bertanggungjawab gagal mempertahankan kepentingan negara,” katanya.

Rundingan berhubung kadar tarif dilakukan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang terkini ialah Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dalam reaksi awal sejurus pengumuman oleh Trump itu, MITI  menegaskan langkah unilateral seperti tarif boleh mengganggu operasi perniagaan, rantaian bekalan, serta pelaburan di kedua-dua negara.

AS kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia dan destinasi eksport utama.

MITI juga komited untuk terus berunding dengan bagi mencapai perjanjian perdagangan yang ‘seimbang’ dan ‘saling menguntungkan’. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share