
KUALA LUMPUR | 13 Apr 26 – Ahli Muafakat Nasional, Khairuddin Abu Hassan memberikan kritikan keras dengan mempersoalkan peranan Ketua Penerangan BERSATU, Tun Faisal Abd Aziz, dengan membayangkan kemungkinan beliau bertindak sebagai “alat” untuk memecah-belahkan PN.
Dalam kenyataan hari ini, kritikan tersebut sekaligus menyanggah kenyataan berupa serangan berunsur “sabotaj” dari dalam gabungan itu sendiri apabila Tun Faisal menyerang Hamzah di media secara terbuka.
“Janganlah hendak berdendam dan mengikut hawa nafsu peribadi sehingga boleh memudaratkan kita semua pada PRN serta PRU16 yang akan datang. Katanya.
Khairuddin menyifatkan sikap Tun Faisal sebagai tidak matang dan beremosi, sehingga menjejaskan imej gabungan itu di mata rakyat. Menurutnya, pertelagahan terbuka yang berlarutan hanya menguatkan persepsi bahawa PN gagal mempamerkan kesatuan yang diyakini pengundi.
Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin turut menimbulkan kecurigaan mengenai permainan politik terhadap rakan sekutu.
“Kadang kala saya tertanya-tanya adakah Tun Faisal ini diupah oleh PH untuk sengaja bagi memecah-belahkan perpaduan dalam PN? Soalnya.
Khairuddin yang juga sekutu kuat Mahathir turut mempersoalkan sekiranya PN hancur dan tewas, apakah kemungkinan golongan seperti Tun Faisal akan bergabung dengan PH.
“Sebenarnya dalam politik adalah seni kemungkinan dan apa saja boleh berlaku tanpa sebarang unsur-unsur mustahil secara mutlak. Tambahnya.
Khairuddin dalam masa sama menyeru semua pihak agar menghentikan pertelagahan, mengawal emosi dan kembali kepada semangat perpaduan jika benar-benar mahu meraih kepercayaan rakyat.
Baru-baru ini, Tun Faisal dilaporkan ‘menasihati’ pemilik rumah baharu supaya berhati-hati jika mahu menerima bekas timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin memasuki ‘kediaman’ mereka.
“Eloklah dipesan kepada Hamzah dan pengikutnya, masuk rumah orang, jangan sampai lupa diri, hingga nak jadikan rumah orang macam rumah sendiri dan buat gerakan untuk halau tuan rumah yang asal pula nanti. Jangan ulang perangai yang sama macam yang dibuat semasa dalam BERSATU. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.