UEC : Antara Politik Dan Realiti

ANALISA — Bekas pengerusi Pasukan Petugas UEC, Eddin Khoo, dalaporkan media telah mempertahankan kenyataannya berhubung kontroversi UEC, dengan menegaskan bahawa beliau tidak membuat “tantrum” tetapi mendedahkan bagaimana isu itu telah dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Dalam kenyataan semalam, Eddin yang juga anak kepada mendiang pakar sejarah Universiti Malaya, Prof Dr Khoo Kay Kim, menafikan dakwaan bahawa beliau hanya meluahkan perasaan membabi buta, sebaliknya menegaskan bahawa tujuan komen yang dibuat adalah untuk memaparkan bagaimana isu pengiktirafan UEC telah digunakan untuk kepentingan politik, bukannya untuk mencari penyelesaian substantif.

Dalam penjelasannya, beliau menyatakan bahawa semasa mengetuai pasukan petugas itu, budaya kerja yang dibina bertujuan menggabungkan pelbagai pandangan berbeza secara konstruktif, dan bukan semata-mata mencetuskan kontroversi.

Eddin turut mengkritik tindakan sesetengah pemimpin politik, termasuk Timbalan Menteri dari DAP, Teo Nie Ching, kerana menurutnya kenyataan mereka menunjukkan kecenderungan untuk mempolitikkan isu UEC demi keuntungan politik sempit, yang seterusnya mengaburkan objektif sebenar perbincangan tentang sijil tersebut.

Kontrioversi ini bermula Eddin dalam satu podcast Lets Get It, beliau mengulas pengalamannya memimpin Jawatankuasa Pasukan Petugas UEC. Dan dalam podcast tersebut, beliau mengkritik beberapa ahli politik yang menggunakan isu UEC menjadi bahan pertikaian politik.

UEC ialah sijil peperiksaan yang dikeluarkan oleh sekolah menengah Cina persendirian, dan menjadi satu isu hangat di Malaysia kerana tidak diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan untuk tujuan kemasukan ke universiti awam.

Perdebatan berterusan mengenai pengiktirafan UEC sering dibayangi oleh tuduhan ia melibatkan sentimen politik dan kepentingan kaum, bukannya semata-mata soal pendidikan.

Eddin menegaskan bahawa pasukan yang dipimpinnya pada asalnya bertujuan mencari titik persetujuan dalam kalangan semua pihak yang berkepentingan, tetapi menurut beliau pendekatan semasa terhadap isu itu telah berubah menjadi arena pertarungan politik berbanding perbincangan dasar pendidikan yang produktif. @analitiko

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share