UMMAH Sokong Usul Penyatuan Melayu-Islam, Tekankan Kerjasama Merentasi Parti

KUALA LUMPUR | 19 Jan 26 – NGO UMMAH Malaysia menegaskan sokongan terhadap usul Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk membentuk penyatuan Melayu-Islam yang bertujuan memperkuatkan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa, berkata penyelarasan dan gabungan parti-parti Melayu yang banyak wajar disatukan bagi mengukuhkan agenda Melayu dan Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Penyatuan ini juga perlu melibatkan semua pihak Melayu-Islam, termasuk parti politik dan NGO, serta merentasi warna politik dan ideologi, tanpa menindas hak kaum lain.

“Semua pihak wajar merintis usaha penyatuan ini dan pintu rundingan hendaklah sentiasa terbuka, demi memastikan usaha berterusan mencapai matlamat.

Beliau turut mencadangkan pembentukan kumpulan pemikir dari pelbagai latar belakang untuk merangka usaha penyatuan ini dan menjadikan persetujuan asas sebagai asas utama kerjasama masa depan.

“Dicadangkan satu kumpulan pemikir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dibentuk bagi merangka usaha usaha  kearah penyatuan ini. Tambah beliau.

Beliau turut mengambil contoh keberhasilan DAP, MCA, dan GERAKAN dalam menyatukan agenda kepentingan komuniti masing-masing tanpa mengira warna parti, sebagai model yang boleh dicontohi oleh parti Melayu dan kumpulan Melayu-Islam lain.

“Penyatuan Melayu Islam ini mesti merentasi warna politik dan ideologi yang berpaksikan kepada penyatuan ummah tampa menindas hak kaum yang bukan Melayu dan Islam. Katanya.

Pendirian UMMAH dilihat berbeza dengan pandangan sebuah lagi NGO iaitu PERKASA yang meletakkan syarat sekiranya kolaborasi ini UMNO masih terikat dengan kerajaan Madani dan parti DAP, usaha tersebut tidak akan berjaya.

Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali, menegaskan bahawa PERKASA akan menolak usaha Kolaborasi Agong jika mana-mana parti dalam kolaborasi itu masih bekerjasama dengan DAP. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share