
KUALA LUMPUR, 28 NOV 25 – Banjir melanda beberapa negeri di Malaysia sejak awal minggu ini, memaksa ribuan rakyat berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Keadaan terkini disahkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan laporan media tempatan.
Berdasarkan laporan di portalbencana.nadma.gov.my. Setakat pagi ini, seramai 32,617 mangsa daripada 9,532 keluarga telah ditempatkan di 212 PPS di seluruh negara.
Negeri terjejas termasuk Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Selangor, dan beberapa negeri lain. Kelantan kekal paling teruk terjejas dengan lebih 8,000 mangsa ditempatkan di PPS, manakala beberapa kawasan di Perlis dan Kedah turut mengalami limpahan air dan tanah runtuh.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia memberi amaran mengenai risiko penyakit seperti leptospirosis, terutama kepada mereka yang masih berada di PPS dan terdedah kepada air banjir yang tercemar. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.