UMNO Negeri Sembilan Serah Isu Istana, Adat Kepada Saluran Undang-Undang

SEREMBAN | 1 Okt 26 — UMNO Negeri Sembilan mengambil pendirian untuk tidak mencampuri urusan Istana dan Adat Perpatih, sebaliknya menyeru semua pihak memberi ruang kepada saluran serta mekanisme sedia ada bagi menyelesaikan persoalan yang timbul.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata, sebarang isu berkaitan kedudukan dan kehormatan institusi Raja serta Adat Perpatih perlu ditangani secara tertib, berhemah dan berlandaskan undang-undang.

Menurut kenyataan itu, persoalan berkenaan wajar dirujuk kepada kerangka yang menjadi asas pemerintahan negeri dan negara, termasuk Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Adat Perpatih, Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang berkaitan.

“UMNO menghormati bidang kuasa serta urusan Istana dan tidak berhasrat untuk mencampuri perkara yang berkaitan dengan Adat Perpatih,” menurut kenyataan tersebut.

UMNO Negeri Sembilan berkata pendekatan itu penting bagi mengelakkan salah faham, memelihara keharmonian dan membantu menenangkan keadaan dalam kalangan rakyat.

Pada masa sama, parti itu menegaskan kelancaran pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat perlu terus diberi perhatian, termasuk penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan negeri serta pelaksanaan dasar dan program kerajaan.

UMNO Negeri Sembilan turut menegaskan pemeliharaan institusi Raja, Yang Dipertuan Besar, Istana dan Adat Melayu merupakan antara asas perjuangan parti sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan UMNO.

Dalam suasana semasa, semua pihak turut diseru mengutamakan adab, kesantunan dan sikap saling menghormati serta mengurus perbezaan pandangan secara matang.

UMNO Negeri Sembilan pada masa sama menjunjung kasih kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan mendoakan agar segala persoalan yang timbul dapat diselesaikan dengan penuh hikmah, tertib serta berlandaskan undang-undang dan nilai luhur negeri.

Parti itu menegaskan kepentingan rakyat tidak boleh diketepikan dan berharap Negeri Sembilan terus berada dalam keadaan aman, stabil serta sejahtera. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

“PH Dikuasai DAP, Angka Tak Boleh Membohong” – Ahmad Maslan

"Kalau siapa-siapa yang minatkan PH, saya ingin memberitahu mereka bahawa PH dikuasai oleh DAP. Di peringkat Persekutuan pula, DAP mempunyai 40 kerusi Parlimen, sama banyak dengan PKR, manakala Amanah lapan kerusi. Oleh itu saya ingin menyatakan kalau mengundi PH bererti menguatkan DAP... angka tak boleh membohong. Yang mana banyak itulah yang menguasai. Jadi dalam kes PH ini, yang menguasai ialah DAP," katanya
Read More
Total
0
Share