
KUALA LUMPUR | 1 Okt 26 — Presiden Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengetuai delegasi pimpinan tertinggi parti itu dalam sesi dialog bersama duta dan wakil diplomatik 16 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) di Kuala Lumpur.
Pertemuan itu berlangsung atas jemputan Duta EU ke Malaysia, Rafael Daerr, di kediaman rasmi beliau.
Wawasan Negara dalam kenyataan di Facebook berkata, sesi tersebut menghimpunkan duta dan timbalan duta dari Austria, Belgium, Croatia, Republik Czech, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hungary, Ireland, Itali, Belanda, Poland, Romania, Slovakia dan Sepanyol.
Delegasi Wawasan Negara turut disertai Naib Presiden, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Datuk Leong Kim Soon; Setiausaha Nasional, Datuk Seri Saifuddin Abdullah serta Ketua Penerangan, Wan Ahmad Fayhsal.
Menurut Wawasan Negara, sesi dialog itu memberi ruang untuk pertukaran pandangan secara terbuka dalam usaha membina persefahaman lebih erat mengenai isu-isu berkepentingan bersama antara Malaysia dan Kesatuan Eropah. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.