
KUALA LUMPUR | 10 Mei 26 – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa terdapat persamaan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, khususnya dalam pendekatan mengurus pemimpin dalam parti masing-masing.
Dalam kenyataan difacebook beliau, Wan Fayhsal berkata kedua-dua tokoh itu didakwa mempunyai kecenderungan menyingkirkan pemimpin yang dianggap berpengaruh dan berjasa.
“Ada satu persamaan mengejutkan antara Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin, dua pemimpin yang berbeza bendera, tetapi sama tabiat: sanggup buang hulubalang yang berjasa, kuat, dan berkesan, semata-mata kerana tidak mahu dibayangi oleh orang yang lebih bijak daripada mereka sendiri. Katanya.
Wan Fayhsal juga mendakwa kedua-dua pemimpin cenderung dikelilingi oleh kelompok yang tidak bersifat kritikal terhadap kepimpinan.
“Yang lebih malang, kedua-dua mereka lebih selesa dikelilingi tukang sorak dan tukang ampu, barisan yang tidak pernah sekali pun menaikkan sokongan rakyat, tetapi pandai betul menaikkan ego tuan mereka. Katanya.
Dalam kenyataan sama, beliau menggunakan istilah “Delusion of Grandeur” bagi menggambarkan apa yang disifatkan sebagai keyakinan berlebihan dalam kalangan pemimpin politik.
“Dalam bahasa Inggeris, penyakit ini ada namanya: Delusion of Grandeur. Rasa diri besar, padahal takhta makin sempit.
Beliau turut mengulas mengenai nasihat yang pernah diberikan terhadap Muhyiddin Yassin, namun usaha tersebut dilihat sebagai ancaman terhadap kedudukan beliau.
“Ahli-ahli Parlimen, ADUN, dan Ketua-Ketua Bahagian telah bercakap jujur dengan fakta, dengan bukti, dalam banyak pertemuan tertutup, bahawa impian beliau menjadi Poster Boy dan calon PM11 bagi Perikatan Nasional adalah angan-angan mat jenin yang tidak relevan dari segi realiti politik semasa.”
Beliau mendakwa tindakan terhadap pengkritik dalaman membawa kepada pemecatan atau penyingkiran individu terbabit.
“Beliau marah. Beliau bertindak. Beliau buang mereka.”
Wan Fayhsal turut mendakwa jumlah sokongan Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin kini berada pada tahap rendah.
“Muhyiddin Yassin disokong oleh 6 orang Ahli Dewan Rakyat, termasuk dirinya sendiri. Enam.”
Dalam kenyataan itu juga, beliau mengkritik kelompok yang setia kepada kepimpinan Muhyiddin namun bukanlah dikalangan Ahli Parlimen.
Kritikan Wan Fayhsal muncul setelah BERSATU berterusan memecat pemimpin dan wakil rakyatnya. Baru-baru ini, 3 orang pemimpin di pecat, manakala orang Ahli Parlimen turut digantung oleh Lembaga Disiplin parti. Rata-rata mereka yang dipecat dan digantung, enggan membuat rayuan sekaligus menandakan penolakan besar-besaran ahli parti terhadap kepimpinan Muhyiddin.
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.