Wan Fayhsal Dakwa Panel Disiplin Tak Neutral, Ada Hubungan Keluarga

KUALA LUMPUR, 8 Okt 25 — Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mendakwa wujud konflik kepentingan dalam Panel Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila salah seorang anggotanya dikatakan mempunyai hubungan keluarga dengan pemimpin tertinggi parti.

Dalam kenyataannya, bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu menyifatkan siasatan terhadapnya sebagai “tidak adil dan berat sebelah” kerana panel berkenaan tidak menunjukkan ketelusan dalam proses siasatan dalaman parti.

“Saya bukan menolak tindakan disiplin, tetapi saya menuntut keadilan. Bagaimana siasatan boleh dijalankan secara telus jika individu yang ada kaitan kekeluargaan dengan pihak tertentu turut duduk dalam panel?” tegasnya memetik laporan malaysiakini.

Menurutnya, parti tidak boleh dipandu oleh sentimen peribadi atau kelompok tertentu, sebaliknya mesti kembali kepada semangat asal perjuangan rakyat yang berlandaskan prinsip dan kejujuran politik.

Beliau juga mengingatkan kepimpinan tertinggi agar tidak menjadikan tindakan disiplin sebagai alat politik untuk menyingkir atau menekan suara yang kritikal di dalam parti.

“Bersatu harus lebih matang dan terbuka menerima pandangan berbeza. Jika kita mahu menjadi parti yang dihormati rakyat, kita mesti menunjukkan keadilan di dalam rumah sendiri dahulu,” katanya lagi.

Beliau antara beberapa orang lagi pemimpin Bersatu yang dipanggil ke Lembaga Disiplin parti berhubung pelbagai dakwaan antaranya mengutip SD yang dikatakan mahu menjatuhkan Presiden parti. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share