Wan Saiful Tempelak Tun Faisal, Sifatkan Muhyiddin “Failed Leader”

KUALA LUMPUR | 27 Jan 26 — YB Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai “failed leader” selepas Ketua Penerangan BERSATU, Tun Faisal Ismail Aziz, mendakwa beliau masih Pengerusi Perikatan Nasional (PN), kerana gagal memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) untuk membincangkan pengganti, sekali gus menyusahkan parti-parti anggota yang terpaksa menghantar surat bagi mesyuarat luar biasa.

Menurut Wan Saiful, jika benar dakwaan Tun Faisal itu, tanggungjawab utama seorang Pengerusi PN adalah memastikan isu penting diselesaikan dengan segera.

“Kalau Muhyiddin masih Pengerusi PN, sebab apa dia tak segera panggil mesyuarat MT PN untuk bincangkan siapa pengganti selepas dia letak jawatan?” soal beliau dalam kenyataan yang tular hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa kegagalan Muhyiddin memanggil mesyuarat MT PN menunjukkan ketidakseriusannya dalam menjalankan tanggungjawab.

“Kalau dah tak berdaya buat kerja, jangan susahkan orang lain yang nak bekerja. Itu namanya failed leader,” tegasnya.

Wan Saiful juga menyindir dakwaan bahawa Muhyiddin sibuk sehingga tidak boleh memanggil mesyuarat, dengan menyatakan bahawa Pengerusi PN masih mempunyai masa untuk mengadakan pelbagai perjumpaan lain, termasuk bertemu Ahli Parlimen dan ADUN BERSATU.

Beliau menimbulkan persoalan sama ada pertemuan itu bertujuan untuk melobi pengaruh, sementara isu kritikal kepimpinan PN masih belum diselesaikan.

Menurut Wan Saiful, sekiranya seorang pemimpin mendakwa masih memegang jawatan, tindakan nyata mesti dibuktikan melalui pelaksanaan tanggungjawab, bukannya hanya mengekalkan gelaran semata-mata. Kegagalan melakukan perkara itu, katanya, memberi kesan langsung kepada kelancaran urusan parti dan persepsi umum terhadap kepimpinan PN.

Pimpinan PN akan bermesyuarat khamis ini, agenda utama adalah untuk mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin, sekaligus menamatkan spekulasi politik tentang kedudukan kepimpinan PN. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share