Zaid Ibrahim Kritik Pertemuan PM Dengan CJ

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 25 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikritik susulan pertemuan dengan dengan Ketua Hakim Negara yang baru dilantik, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata, pertemuan itu seolah-olah Anwar menunjukkan kuasanya memberi gambaran seolah-olah mempunyai autoriti terhadap badan kehakiman.

“Dalam suasana politik yang sarat dengan polemik, ia boleh menimbulkan syak bahawa badan kehakiman sedang ‘diperingatkan’ secara halus tentang kehendak PM.

“PMX sendiri terlibat secara langsung dengan beberapa kes mahkamah yang sedang berjalan. Mempamerkan pertemuan itu, dengan PMX memberi nasihat moral kepada Ketua Hakim, boleh menimbulkan persepsi bahawa pihak eksekutif sedang menunjukkan autoriti moral terhadap badan kehakiman,” katanya di laman X.

Zaid mengingatkan hubungan antara ketua badan kehakiman dan pihak eksekutif perlu diminimumkan dan terhad dalam majlis rasmi semata-mata bagi mengelakkan persepsi wujudnya pengaruh politik.

Sebelum ini tidak pernah berlaku ketua hakim negara yang baru dilantik mengadakan kunjungan hormat atau pertemuan dengan perdana menteri, sama ada di Malaysia mahupun di negara-negara Komanwel lain.

Katanya, walaupun pertemuan berlaku bagi urusan pentadbiran, ia biasanya dilakukan secara tertutup dan tidak pernah digambarkan sebagai majlis di mana perdana menteri memberi nasihat tentang integriti atau kebijaksanaan kepada ketua hakim.

“Saya menyalahkan PM kerana tidak melindungi imej Ketua Hakim yang baru dinaikkan pangkat; lebih-lebih lagi apabila pelantikan Wan Farid sendiri sarat dengan isu dan dianggap luar kebiasaan dari pelbagai sudut.

“PMX tidak sepatutnya mempamerkan kuasanya dengan cara begini melainkan beliau mahu menghantar mesej kepada para hakim bahawa beliaulah ‘ketua’,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Gerakan Berhasrat Sertai PRN Sabah

"Parti berpendirian Sabah merupakan negeri yang penting dalam landskap politik nasional, dan sebarang keputusan akan dibuat secara kolektif demi memastikan kehadiran Gerakan di Sabah mampu membawa nilai tambah serta...
Read More
Total
0
Share