19 Pemilik Tanah di Kampung Jawa Diberi Masa 7 Hari Kosongkan Tapak Projek WCE

KUALA LUMPUR, 4 NOV 25 — Sebanyak 19 pemilik tanah di Kampung Jawa, Klang diberikan tempoh tujuh hari bermula hari ini untuk mengosongkan tanah mereka bagi memberi laluan kepada pembinaan jajaran sepanjang 150 meter bagi Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Memetik laporan Sinar Harian, Borhan Aman Shah, Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor berkata, keputusan itu dicapai melalui mesyuarat bersama agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Klang, syarikat konsesi WCE dan pihak berkuasa tempatan.

Pampasan sebanyak 75 peratus daripada jumlah keseluruhan telah dibayar, manakala baki 25 peratus akan diserahkan selepas pemilik berkenaan berpindah sepenuhnya.

Jika pemilik gagal mengosongkan tanah dalam tempoh ditetapkan, pihak berkuasa akan mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara.

Kerajaan negeri turut menyediakan alternatif penempatan menerusi Skim SMART Sewa untuk membantu pemilik yang terlibat dalam tempoh peralihan.

Projek WCE yang melibatkan jaringan pengangkutan strategik ini kini mengalami kelewatan disebabkan oleh isu pengambilan tanah di kawasan tersebut. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share