1MDB Kekal Hutang Terbesar Negara, Kata Anwar

KUALA LUMPUR, 2 DIS 25 — Kerajaan hari ini menegaskan bahawa liabiliti daripada 1MDB masih menjadi beban hutang terbesar negara yang mencatatkan jumlah setakat september 2025 sebanyak RM 24.46 bilion.

Dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan telah membayar sebanyak RM 42 bilion untuk memenuhi obligasi prinsipal dan faedah 1MDB, manakala usaha pemulihan aset dan tindakan penguatkuasaan telah berjaya memulangkan kira-kira RM 29 bilion ke dalam tabung negara.

Sejak penubuhan Akaun Amanah Pemulihan Aset (AA MKA) pada Disember 2018, kerajaan telah berjaya memulihkan total aset dan dana berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd sebanyak RM 31.2 bilion (termasuk pelarasan tukaran asing).

“Dana ini hanya digunakan untuk membayar hutang dan komitmen 1MDB/SRC, katanya.

Kerajaan menyatakan komitmennya untuk terus memperhebat usaha pemulihan aset dan menyelesaikan liabiliti 1MDB/SRC dalam tempoh ditetapkan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share