20 Tahun Tun M Di Luar Kuasa, Kenapa Tak Tuduh Di Mahkamah? – Soal Rafique

KUALA LUMPUR, 3 DIS 25 – Peguam, Rafique Rashid mempersoalkan kewajaran pihak tertentu mengaitkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan pelbagai dakwaan terkini, sedangkan bekas Perdana Menteri itu telah berada di luar tampuk kuasa selama dua dekad.

Menurut Rafique, Mahathir hanya memegang jawatan Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003, sebelum kembali sementara pada 2018 hingga 2020. Selebihnya, tegasnya, Mahathir tidak lagi mempunyai kuasa eksekutif.

“Dari 2003 hingga 2018, itu 15 tahun Tun di luar kuasa. Selepas 2020 hingga sekarang, sudah 5 tahun. Jumlahnya 20 tahun. Kalau benar ada salah laku, kenapa tidak tuduh? Kenapa tidak tangkap? Kenapa tiada pendakwaan?” katanya dalam satu hantaran video yang tular.

Rafique turut menegur pihak yang menjadikan artikel Yahoo sebagai asas dakwaan, sedangkan laporan itu sendiri menggambarkan maklumat tersebut sebagai hearsay.

“Baca betul-betul apa ditulis. Dalam laporan itu pun disebut ia berasaskan khabar yang tidak disahkan” katanya.

Beliau menyeru orang ramai membuat penelitian sebelum menelan sebarang dakwaan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share