Wisma Putra Akan Nilai Calon Duta AS Setelah Terima Cadangan  – Menteri Luar

Foto – Utusan

KUALA LUMPUR 21 Jul 25 – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan bahawa sehingga kini kerajaan masih belum menerima cadangan daripada Amerika Syarikat (AS) berkait pencalonan aktivis kontroversi, Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia.

Menurut Mohamad Hasan, Wisma Putra hanya akan memberikan pandangan dan pertimbangan berkaitan perkara itu untuk dibawa ke Kabinet, selepas permohonan itu diterima.

“Kita belum terima lagi permohonan perjanjian daripada AS. Kita biar dahulu, kita tengok macam mana. Semestinya Wisma Putra akan memberikan pandangan dan pertimbangan untuk dibawa ke Kabinet (dan Kabinet) akan memutuskannya,” katanya menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang).

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump sebelum ini mengumumkan Adams yang juga pengulas konservatif dan penulis akan dicalonkan sebagai Duta Besar AS ke Malaysia yang baharu.

Tambah beliau, ketika ini, semua pihak perlu menunggu sehinggalah Wisma Putra menerima permohonan tersebut.

“(Ini) kerana kita belum dapat (perjanjian), kita dengar cakap sahaja. Nanti kita tolak… orang kata, kita (mereka) tak minta pun. Nanti malu kita. Jangan kita malu, jangan kita hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong,” katanya.

Isu mengenai pelantikan Adams menjadi perbualan apabila calon tersebut dikatakan tidak mempunyai pengalaman diplomatik dan terpalit dengan kontroversi termasuk menentang perjuangan Palestin dan menyentuh isu Islam. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share