30 NGO Tolak Pemutihan Dengan Penceroboh Tanah Haram Pahang

KUALA LUMPUR, 10 MEI 25 – Sekumpulan 30 NGO menolak sebarang bentuk rundingan dengan pihak pencerobohan haram tanah di Raub, Pahang.

Mereka sebaliknya mahu tindakan tegas diambil terhadap pencerobohan tanah agar insiden sama tidak berulang di masa hadapan.

“Tiada kompromi dengan penjenayah yang jelas melanggar undang-undang tanah negeri Pahang.

“Kami mahu tindakan tegas diambil, didenda dan dipenjara berdasarkan peruntukkan undang-undang sedia ada seperti yang berlaku kepada seorang veteran askar yang menceroboh tanah kerajaan dimana mahkamah telah menjatuhkan hukuman  denda dan penjara. Ini akan menjadi pengajaran kepada penceroboh tanah kerajaan,” kata kenyataan yang ditandatangani 30 NGO tersebut.

Mereka berkata, sekiranya kerajaan menawarkan program pemutihan ia bakal menjadi dahuluan kepada semua pihak kononnya tanah di Pahang boleh “ceroboh dahulu kemudian diberi tanah.”

“Adalah sangat janggal jika ini dilaksanakan dan ini akan dijadikan pendahulu kepada kes penceroboh tanah di Pahang pada masa akan datang.

“Ceroboh dulu dan kemudian akan dapat tanah bila program pemutihan dilaksanakan sebagai jalan penyelesaian,” katanya.

Berikut adalah senarai NGO yang membantah;  @politiko.my

1. UMMAH –  Mohd Zai Mustafa

2. SEKRETARIAT ANAK PAHANG PERANTAUAN – Tun Haji Soadi

3. AN-NAJWA CARE – Ustaz Tuan Zamani Tuan Ahmad

4. AL BANNA CARE – Ustaz Afiq Roslan

5. PERTUBUHAN LESTARI UMMAH – Ustaz Shahrom Othman

6. PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL HIDAYAH RAUB – Ahmad Shukri Idris

7. JALINAN AMAL MASYARAKAT KAWASAN LIPIS – Akmal Haikal Abdul Rahman

8. RANGER CARE – Mohd Fahmie Zakaria

9. KAS JERANTUT – Hamrizan Hamad

10. SEMAMBU CARE -Mohd Rahimi Roslan

11. AS-SYAFIE CARE – Ustaz Mohd Shahril Safar

12. AL-ITQAN CARE – Ustaz Muhammad Alif Zainuddin

13. KIDAM – Zul Affandy Mohd Mopti

14. PERTUBUHAN UMMAH SEJAHTERA – Ahmad Zakwan Johan

15. PENCAK -Md Anuar bin Daud

16. PERTUBUHAN KOMUNITI DAN MASYARAKAT SEJAHTERA TEMERLOH -Mohd Lokman Fadzir

17. PERTUBUHAN KEBAJIKAN PRIHATIN INSAN BENTONG -Mohamad Abdullah Fikri Abdullah

18. KAMS – Muhammad Asyraf Ishak

19. ARCA – Wan Mohd Ridhuwan

20. PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL ISTIQAMAH NEGERI PAHANG -Mohd Zarimi Abu Zih

21. PERTUBUHAN KEBAJIKAN  RAUDHAH PAHANG – Aisyah bt Sulong

22. PERTUBUHAN KEBAJIKAN NURHANA PAHANG – Ustazah Norzilah bt Hussain

23. PERTUBUHAN KEBAJIKAN KHADIJAH BENTONG @NGO KHADIJAH –  YUSMA YUSOF

24. HELWA CARE KUANTAN – Salawati Saleh

25. PERTUBUHAN PRIHATIN WANITA TEMERLOH – Alwiah binti Kasdan

26. PERTUBUHAN KEBAJIKAN KEBAJIKAN UMMAH NURANI – Mahroni Ali

27. PERTUBUHAN CAKNA ALAM SEKITAR –  Laila Hanim Nawawi

28. PERTUBUHAN KEBAJIKAN ROMPIN MAKMUR – Nor Hamisham binti Harun

29.  PERTUBUHAN PRIHATIN WANITA ISLAM – Nuur Afifah binti Ramdan

30. MAKMUR RELIEF – Ali Akbar

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share