Bersatu Ada Tiga Singa

Oleh : Ghafar Mohamad

Peribahasa “tak boleh ada dua singa di satu bukit” sudah lapuk dalam konteks politik semasa.

Politik hari ini tidak boleh lagi berpaksikan persaingan individu, tetapi perlu dibina atas asas kerjasama, persefahaman, dan kesatuan.

Dalam kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bukan hanya ada dua singa, malah ada tiga—Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dan Datuk Seri Azmin Ali.

Mereka bertiga ialah gandingan “three-in-one” yang mantap dan saling melengkapi.

Ketiga-tiga pemimpin ini mempunyai kekuatan tersendiri:

– Muhyiddin dengan pengalaman dan ketegasan prinsip,

– Hamzah dengan ketajaman strategi dan kemahiran politik,

– Azmin dengan kecekapan pentadbiran dan hubungan merentas kaum.

Mereka bukan bersaing sesama sendiri, tetapi bekerjasama membina saf kepimpinan yang kukuh dan bersedia menghadapi pilihan raya.

Mereka tahu peranan masing-masing dan saling memperkuat antara satu sama lain.

Isu siapa bakal calon Perdana Menteri tidak perlu menjadi fokus sekarang.

Keputusan itu akan dibuat oleh Majlis Tertinggi PN secara bersama dan matang.

Apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan Bersatu memperkukuh barisan kepimpinan – bukan hanya dua atau tiga individu, tetapi satu pasukan “ten-in-one”, yang bergerak serentak demi rakyat.

Muhyiddin, Hamzah, dan Azmin membuktikan bahawa kepimpinan boleh dikongsi jika ada keikhlasan, prinsip perjuangan, dan matlamat yang sama.

Mereka bukan tokoh yang gila kuasa, tetapi pemimpin yang mahu membawa perubahan dan masa depan yang lebih baik untuk negara.

Dalam politik hari ini, kita tidak perlu satu singa megah berdiri sendirian.

Kita perlukan pasukan singa yang bergerak bersama—berani, bijak, dan setia.

Bersatu sudah ada itu. Kini masa untuk melangkah ke depan, bersama sebagai “three-in-one” yang kuat, dan “ten-in-one” yang bersatu demi rakyat dan negara.

Ghafar Mohamad – Pengerusi Majlis Penasihat ProWaris

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Bina Konsensus Nasional Baharu Dari Suara Akar Umbi

Identiti nasional bangsa Malaysia kini sudah dipersetujui bersama di mana kewatanan bangsa Melayu menjadi asas bangsa Malaya dan kewarganegaraan diberikan kepada komuniti Cina dan India taat setia dan patriotisme kepada Malaya dan memutuskan politik negara asal mereka.
Read More

Merdeka 69: Antara Kuasa dan Pemerkasaan

Merdeka bukan tentang siapa paling dominan; merdeka ialah apakah yang kita lakukan apabila kuasa berada di tangan kita. Sudah tiba masanya untuk kita menterjemahkan dominasi politik kepada pemerkasaan ekonomi, menterjemahkan retorik agama kepada keadilan sosial dan menterjemahkan perpaduan bangsa kepada pembinaan manusia yang bermaruah.
Read More
Total
0
Share