Oleh : Sharmin Kutty Sivaraman

MIC mempunyai sejarah perjalanan dengan rakan komponen Barisan Nasional (BN) dalam tempoh masa yang agak lama dan pelbagai perkara telah dilaksanakan secara bersama dalam komponen tersebut.
Imbas kembali sedikit sejarah MIC bersama dengan BN bermula pada era perikatan (1952-1973) iaitu kerjasama UMNO-MIC-MCA telah menang besar dalam pilihanraya majlis Bandaran Kuala Lumpur.
Barisan Nasional (BN) telah ditubuhkan pada 1974 untuk menggantikan Perikatan dan pada waktu itu. BN diterajui dengan 9 parti komponen secara bersama iaitu UMNO, MIC, MCA, Gerakan, PPP, PAS, SUPP, PBB, Sabah dan Sarawak yang lain.
Pada tahun 1974 sehingga 2007 merupakan era kegemilangan BN apabila mendapat sokongan rakyat dan memberikan keyakinan bahawa gabungan ini mampu menyelesaikan isu rakyat. Pada tahun 2004, BN menang 198 kerusi daripada 219 kerusi Parlimen.
Selepas itu, antara tahun 2008 sehingga tahun 2013, BN sudah mula hilang kepercayaan daripada rakyat.
Pada tahun 2013 pula, krisis 1MDB telah mula menghantui BN dan rakyat mula untuk menilai lebih mendalam parti tersebut.Pada tahun 2018, iaitu PRU-14 BN telah tumbang pertama kali dalam sejarah Malaysia.
Tahun 2025 MIC telah menangguh keputusan untuk keluar BN. Ini membawa kepada pelbagai persoalan bukan hanya kepada rakyat tetapi kepada rakan komponen dalam kerajaan.
Kenyataan semalam menimbulkan persoalan antaranya ialah MIC hendak keluar BN tetapi masih menyokong kerajaan perpaduan. Ini sebenarnya tidak membawa sebarang kesan kepada kerajaan perpaduan malah memberikan satu bentuk gambaran yang tidak baik kepada pengundi India kerana sokongan masih di pihak DAP dan PKR.
Sepatutnya, ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk MIC mengubah persepsi dan mencari titik tengah untuk memastikan mereka mengorak langkah.
Jika MIC hendak keluar BN dan menyertai PN, tindakan susulan MIC perlu jelas apakah pelan tindakan yang akan diambil dengan parti MIPP yang sudah bersama dengan PN dan adakah pelan yang dirancang tersebut mampu untuk memastikan sokongan masyarakat India terus bersama parti tersebut.
Sebaiknya MIC perlu melihat kepada proses jangka panjang parti tersebut demi kelangsungan dan kerelavanan parti itu dalam konteks politik Malaysia.
Dr Sharmin Kutty Sivaraman, Seorang Pensyarah dan Penganalisis Politik
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.