Perlembagaan Penentu Arah Tadbir Urus Negara – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang menentukan had kepada sebarang tindakan, termasuk penggubalan dasar dan undang-undang oleh kerajaan.

Bekas perdana menteri dua kali itu berkata, Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi perlu berpegang teguh kepada Perlembagaan bertulis yang menjadi asas kestabilan dan keselamatan negara.

“Perlembagaan menetapkan sempadan kepada apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan oleh mana-mana pihak.

‘Ia penting bagi memastikan dasar dan undang-undang yang digubal tidak bertentangan dengan ideologi negara,” katanya dalam kenyataan di kalimah X,katanya.

Menurut bekas pherdana menteri itu, sebarang pencabulan terhadap perlembagaan boleh menimbulkan ketidaktentuan dan kekacauan dalam pentadbiran negara serta kehidupan rakyat.

Beliau berkata, mahkamah mempunyai kuasa untuk menyemak dan menentukan kesahihan sesuatu dasar atau undang-undang mengikut Perlembagaan, dan keputusan yang dibuat perlu dihormati.

“Tiada sesiapa pun terkecuali daripada mematuhi Perlembagaan, termasuk kerajaan. Mana-mana individu atau pihak yang melanggar peruntukan perlembagaan boleh diambil tindakan undang-undang,” katanya.

Dr. Mahathir menambah, sesiapa sahaja boleh mencabar tindakan yang dianggap bertentangan dengan perlembagaan dan adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk mengadilinya.

“Ini adalah asas kepada sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dan perlu diterima semua pihak sebagai panduan dalam mentadbir negara,” katanya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share