Azam Baki Tak Boleh Terlibat Siasatan, Nama Disebut Dalam Video – Kata PAS

KUALA LUMPUR, 27 NOV 25 — PAS hari ini menyatakan pendirian bahawa ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, tidak lagi wajar terus terlibat dalam siasatan berhubung dakwaan melibatkan ahli perniagaan, Albert Tei.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, berdasarkan perkembangan terbaharu di mana nama Azam disebut dalam sebuah klip video yang dimuat naik baru-baru ini menjadikan kedudukan SPRM sebagai penyiasat diragui.

“Kali ini nama Tan Sri Azam Baki disebut. Sama ada dakwaan itu benar atau tidak, saya sendiri tidak mempunyai maklumat lengkap,” kata Ahmad Fadhli dalam hantaran media sosialnya.

Beliau menambah, walaupun kandungan video itu belum disahkan, wajar bagi SPRM dan Azam mengosongkan diri sementara daripada menyiasat kes berkenaan bagi memastikan proses penyiasatan kekal bebas daripada sebarang keraguan atau tuduhan berat sebelah.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang mana wajahnya dikaburkan mendakwa bekas setiausaha politik perdana menteri, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin, pernah menemui Azam bagi mendapatkan penyelesaian terhadap dakwaan melibatkan Albert Tei.

Video tersebut bagaimanapun tidak menyebut bila dan di mana pertemuan itu didakwa berlaku.

Ahmad Fadhli berkata rakyat berhak mengetahui kebenaran di sebalik dakwaan ini dan meminta semua pihak memberi laluan penuh kepada penyiasatan bebas sekiranya SPRM tidak terlibat secara langsung. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share