Konsensus Nasional : Untuk Kecemerlangan Masa Depan M’sia – Aktivis politik

KUALA LUMPUR, 25 MEI 25 – Cadangan konsensus nasional yang diutarakan Ketua Pembangkang Dato Seri Hamzah Zainuddin wajar diberi perhatian serius berikutan ia adalah idea untuk masa depan dan kecemerlangan Malaysia.

Aktivis politik Shahbudin Husin dalam tulisannya berkata, ia juga memperlihatkan Hamzah mempunyai ketokohan sebagai pemimpin masa depan.

“Lontaran ideanya itu juga memperlihatkan beliau adalah pemimpin yang sentiasa memikirkan bagaimana membawa negara ke arah yang lebih baik,” katanya.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut membentangkan visi Perikatan Nasional (PN) berhubung ‘konsensus nasional baharu’ untuk mengatasi perpecahan politik dan sosial serta merintis jalan ke arah kemakmuran masa depan Malaysia ketika berucap di Institut Yusof Ishak (Iseas) baru-baru ini.

Konsensus nasional itu dicadangkan  dibina atas tiga teras utama — matlamat bersama, kemakmuran bersama dan tadbir urus yang penuh ihsan.

Konsensus itu juga, katanya tidak boleh terhad kepada satu kaum, satu agama atau satu wilayah, tetapi  mesti menyatukan semua kelas politik, suara keagamaan, masyarakat sivil dan rakyat.

“Paling penting, ideanya berhubung konsensus nasional baharu itu menambahkan satu lagi syarat kelayakan daripada segi ketokohannya sebagai calon perdana menteri jika ditakdirkan PN menang PRU akan datang,” katanya lagi. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share