Imuniti PMX : Tidak Ada Sesiapa Duduk Atas Undang-undang – Kadir Jasin

KUALA LUMPUR, 31 Mei 25 – Tokoh wartawan negara, Datuk Abdul Kadir Jasin menegaskan bahawa dalam negara ini, tidak ada sesiapa yang berada di atas undang-udang sekalipun dia seorang Raja.

Dalam satu entri di facebook, beliau mengulas mengenai permohonan imuniti dari mahkamah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman sivil oleh Yusoff Rawther dalam kes serangan seksual.

Kata Kadir, di Malaysia segala tindak-tanduk setiap rakyat adalah tertakluk kepada undang-undang yang mana ia adalah kedudukannya paling agung.

“Dalam Malaysia kita ini, semua kita dan tindak-tanduk kita tertakluk kepada undang-undang. Undang-undang adalah agung. Dalam bahasa Inggeris disebut, “the law is supreme”.

”Malahan Raja-raja pun tertakluk kepada undang-undang. Raja-raja, termasuk Yang Di-Pertuan Agong, hanya kebal atau “immune” dalam menjalankan tugas-tugas rasmi.

“Pukul orang atau tidak bayar hutang tidak “immune”.

Beliau turut mengimbau kembali sejarah bagaimana ada Raja Melayu dikenakan saman sivil selepas berlakunya pindaan Perlembagaan pada tahun 1993.

“Sejak Pindaan Perlembagaan tahun 1993, sudah ada Raja Melayu yang dikenakan saman sivil.

“Boleh baca mengenai peniaga Singapura, Faridah Begum menyaman malu (defamation) Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad lawan Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

“Semua maklumat ini ada dalam arkib atas talian.

Kadir juga berkongsi rekod sejarah dalam kes Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Mahkamah memberi kemenangan kepada Chartered Bank Malaysia Berhad.

“Natijahnya, kalau Raja-raja pun tidak kebal (immune) daripada tindakan undang-undang, masakan Perdana Menteri? Ujar beliau.

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa Anwar telah mengemukakan permohonan luar biasa untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan antara ‘imuniti’ dalam kes saman sivil seperti yang difailkan oleh Yusoff Rawther.

Berhubung saman sivil ini, pada 14 Julai 2021, Yusoff memfailkan saman mendakwa serangan seksual pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut.

Beliau mendakwa Anwar melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya manakala beliau menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan itu. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share