Thaksin Tinggalkan Thailand Sebelum Keputusan Mahkamah

KUALA LUMPUR, 6 Sep 25 — Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dilaporkan meninggalkan Thailand secara mengejut pada Khamis malam, hanya beberapa hari sebelum keputusan mahkamah yang berpotensi menghantarnya ke penjara.

Menurut laporan The Guardian, Thaksin pada awalnya dijadualkan terbang ke Singapura bagi pemeriksaan perubatan, namun pesawat peribadinya terpaksa mengubah haluan ke Dubai selepas lapangan terbang Seletar ditutup pada jam 10 malam. Dubai yang sebelum ini merupakan lokasi utama beliau menetap ketika dalam buangan politik.

Walaupun keadaan itu mencetuskan persoalan, Thaksin menegaskan beliau akan kembali ke Bangkok selewat-lewatnya Isnin untuk menghadiri prosiding mahkamah pada Selasa.

Langkah dramatik ini berlaku sehari sebelum Parlimen Thailand bersidang untuk memilih Perdana Menteri baharu, susulan keputusan Mahkamah Perlembagaan yang menyingkirkan anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra, kerana pelanggaran etika.

Ketua Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul, telah dilantik menjadi Perdana Menteri setelah pemilihan di buat di parlimen Thailand.

Thaksin, tokoh dominan dalam politik Thailand selama lebih dua dekad, turut mendapat perhatian di Malaysia selepas dilantik sebagai penasihat peribadi Anwar Ibrahim pada tahun lalu—satu langkah yang mencetuskan perdebatan politik domestik.

Penganalisis yang dipetik The Guardian melihat keputusan Thaksin meninggalkan negara pada saat genting ini sebagai satu lagi tamparan kepada dinasti politik keluarganya. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share