Mahkamah Perlembagaan Lucut Jawatan Perdana Menteri Thailand

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 25 — Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Jumaat, menyingkirkan Paetongtarn Shinawatra daripada jawatan Perdana Menteri selepas beliau disabitkan melanggar etika, hanya setahun selepas memimpin kerajaan.

Keputusan itu, yang dilaporkan oleh Channel News Asia, dilihat sebagai satu lagi tamparan hebat terhadap dinasti politik Shinawatra dan dijangka menambah ketidaktentuan dalam landskap politik Thailand.

Paetongtarn telah digantung tugas sejak 1 Julai lalu susulan pendedahan perbualan telefonnya dengan bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, ketika kedua-dua negara berdepan ketegangan di sempadan.

Perbualan itu menimbulkan kontroversi selepas beliau dilapor menyalahkan tenteranya sendiri dan menyebut seorang komander Thailand sebagai “pihak lawan.”

Petisyen terhadap Paetongtarn dikemukakan oleh 36 senator yang mendakwa beliau tidak jujur dan melanggar piawaian etika, sekali gus bercanggah dengan perlembagaan.

Mahkamah menerima petisyen tersebut, dan melalui undian 7-2, memutuskan untuk menggantung beliau daripada jawatan sebelum membuat keputusan muktamad semalam.

Sepanjang tempoh penggantungan, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan, Suriya Jungrungreangkit, menjalankan tugas sebagai pemangku Perdana Menteri. Perbualan telefon yang menjadi punca kontroversi itu kemudian disahkan sebagai tulen oleh kedua-dua pihak, Hun Sen dan Paetongtarn sendiri. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share