
KUALA LUMPUR, 18 Jun 25 – Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempertahankan rakan komponen Perikatan Nasional (PN) PAS dari tuduhan penyebar kebencian agama.
Sebaliknya, bekas ketua Armada Bersatu itu meletakkan kesalahan itu kepada DAP, ketika bercakap sebagai panel di program BBC World Questions, minggu lepas.
“Tetapi mengapa salahkan PAS semata-mata apabila kita semua tahu DAP juga melakukannya tetapi tidak dilaporkan dalam media arus perdana kerana mereka bercakap dalam bahasa vernakular.
“Jadi adalah tidak adil untuk menuding kepada PAS semata-mata! Saya boleh beri bukti betapa rasis dan cauvinisnya DAP!” kata Wan Fayhsal.
Tindakan itu bagaimanapun mengundang cemuhan penonton secara langsung di Petaling Jaya.
“Terima kasih atas penyelidikan anda terhadap ahli parti (komponen) saya dalam hal retorik kaum dan agama,” katanya.
Soalan itu adalah berkenaan dapatan daripada inisiatif pemantauan media sosial 2022 oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ). @politiko.my