Kunjungan Hormat Dominic Dan ‘Sister’ Kekalkan Hubungan Harmoni Antara Agama

Foto – media dr Fadzli Hassan

KUALA LUMPUR, 24 NOV 25— Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau Hoe Chai, bersama rombongan hari ini mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Lawatan tersebut turut disertai oleh seorang Sister dari The Church of Our Lady of Fatima, menggambarkan hubungan harmoni serta kerjasama erat antara komuniti berlainan agama di negeri ini.

Dr Dominic Lau menyatakan penghargaan atas sambutan mesra dan keterbukaan yang ditunjukkan oleh Timbalan Menteri Besar, yang disifatkan sebagai seorang pemimpin berfikiran terbuka, prihatin, dan menghormati kepelbagaian masyarakat.

Beliau berharap hubungan baik yang wujud dapat diperkukuh dari semasa ke semasa demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Kelantan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Teguhkan Integriti, Bukan Kuasa – Titah Sultan Nazrin

Sultan Nazrin yang juga pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) menyuarakan kebimbangan terhadap sebahagian umat Islam yang seolah-olah kehilangan arah apabila terlalu memfokuskan kepada kedudukan dan kuasa sehingga meremehkan prinsip kejujuran, ketelusan dan tanggungjawab sosial.
Read More
Total
0
Share