Pejuang Gesa Tubuh Suruhanjaya Pendakwaan, Letak Bawah Parlimen

KUALA LUMPUR, 29 Jun 25 – Pejuang mencadangkan agar ditubuhkan satu suruhanjaya pendakwaan di bawah Parlimen yang benar-benar bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Ketua Penerangan Rafique Rashid berkata, suruhanjaya itu juga perlu diketuai Peguam Negara yang hanya menjawab kepada Parlimen.

“Masalah ini bukan pada sistem kehakiman atau hakim-hakim. Ianya pada pejabat pendakwa raya, masalahnya pada Peguam Negara yang jadi peguam pada kerajaan, eksekutif, dan berada bawah telunjuk pihak yang menasihat pelantikannya.

“Pejuang menggesa secara segara penubuhan sebuah badan atau suruhanjaya pendakwaan yang eksklusif berada dibawah seliaan Dewan Rakyat,” katanya.

Dengan cara itu, Rafique berkata, suruhanjaya itu juga perlu dibiayai oleh kerajaan dengan penyediaan belanjawan tahunan.

“Ia mestilah dibiayai dari wang cukai rakyat. Mesti mempunyai struktur pentadbiran tersendiri. Pelantikan timbalan-timbalan pendakwa raya pula dilakukan secara serius, memberikan gaji setimpal, peluang kenaikkan pangkat atas merit dan prestasi kerja.

“Badan ini mesti diaudit dan dibentangkan di Dewan Rakyat. Perlu dikhususkan juga bajet tahunan mereka dalam belanjawan.

“Jawatan ketua badan ini akan dikenali sebagai Peguam Negara yang hanya bertanggungjawab pada pendakwaan dan pertuduhan. Tidak perlu menjawab pada perdana menteri tetapi pada Parlimen, yakni pada Rakyat.

“Penasihat undang-undang pada Kabinet dan kerajaan pula boleh diberi pada Peguamcara Negara ( Solicitor General),” kata Rafique lagi.

Jelasnya, dengan cara itu dapat memastikan ketelusan proses perundangan negara  tanpa campur tangan sesiapa.

“Kalau tidak, selagi itulah rakyat diberi salah maklum oleh perdana menteri dan eksekutif yang berkuasa,” katanya. @politiko.com

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share