Sokong Muhyiddin: Ketua BPN Johor Boleh Nyatakan Sokongan Tanpa Rujuk Ketua Bahagian

KUALA LUMPUR, 10 Jul 25 – Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU berhak mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada mana-mana jawatankuasa atau ketua bahagian negeri, kata sumber.

Sumber BPN Johor itu berkata, sebagai ketua, Datuk Dr Sahruddin Jamal mempunyai prerogatif mengeluarkan kenyataan untuk menyatakan Bersatu negeri itu menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden dan pengerusi Perikatan Nasional (PN).

“Begitu juga di Johor, kalau ada pandangan-pandangan itu, ia tak mesti mewakili semua orang, dalam mana-mana Bahagian BERSATU pun tak semua setuju dengan ketua BPN, biasalah tu,” ujar sumber yang tidak menamakan dirinya.

Katanya, kenyataan Sahruddin adalah reaksi kepada usul daripada BERSATU Bahagian Port Dickson yang mencadangkan peralihan peranan kepada timbalan presiden.

“Usul BERSATU Port Dickson itu bukan bertujuan menggantikan presiden, sebaliknya ia bertujuan memperkasakan pengurusan parti.”

“Bagi saya usul (Port Dickson) itu, ia hanyalah usul, ia boleh dibahas atau dibincang samada boleh di bawa ke persidangan agung tahunan (PAT), bagi saya tak ada isu pun,” kata sumber.

Setakat ini hanya tiga negeri termasuk Johor mengeluarkan kenyataan terbuka sokongan terhadap Muhyiddin, ketika timbul desas-desus wujud desakan peralihan peranan dalam kepimpinan BERSATU.

Sumber bagaimanapun mengingatkan agar semua pihak wajar menyantuni perbezaan atau ketidakselesaan pandangan akar umbi dan bahagian.

Untuk rekod, jawatan ketua BPN yang disandang Sahruddin merupakan lantikan presiden parti, dan tidak melalui proses pemilihan di kalangan akar umbi atau ketua-ketua Bahagian.

Sahruddin juga merupakan timbalan ketua bahagian BERSATU Pagoh yang diketuai Muhyiddin.

Sahruddin sebelum itu dalam kenyataannya mengatakan BERSATU Johor menyokong penuh Muhyiddin untuk kekal memimpin BERSATU dan PN.

Satu lagi sumber dalam BPN Johor turut mempersoalkan kenyataan Sahruddin itu, atas alasan Ketua-Ketua Bahagian tidak dirunding sebelum ianya dikeluarkan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share