
KUALA LUMPUR, 22 Jul 25 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dewan rakyat bahawa kabinet telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usianya yang sudah lanjut.
Anwar ketika menjawab soalan Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat, berkata, kabinet juga mengambil kira status Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri.
“Kita buat keputusan ini kerana isu libatkan bekas PM yang sudah capai 100 tahun.
“Adakah dia tak salah (dalam isu Pulau Batu Puteh)? Dia salah. Kata Anwar.
Menurut Anwar, sekiranya kerajaan mengambil tindakan (kepada Mahathir), kerajaan akan dituduh tidak adil.
“Sebab jika kita ambil tindakan, anda, Kota Bharu (Takiyuddin) yang akan tuduh kita tak adil,” katanya.
Disember lalu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Prosiding diusulkan susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ). @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.