Pemimpin PN Tidak Akan Dicucuk Hidung, Kata Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Jul 25 – Pemimpin Perikatan Nasional (PN) tidak akan sesekali menjadi seperti pemimpin Umno dalam kerajaan hari ini yang “dicucuk hidung” dan ditarik ke kiri dan kanan, tegas Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Timbalan presiden Bersatu itu berkata, pemimpin Umno sebelum ini kononnya melaungkan akan mempertahankan maruah rakyat dan bangsa namun kini senyap sunyi sedangkan pelbagai isu dan masalah melanda negara.

“Dahulu kata Umno hebat kata akan pertahan nasib bangsa dan negara

“Hari ini masalah rakyat, kos sara hidup, apa dah jadi dengan pemimpin Umno dalam Kabinet, senyap sunyi tanpa mempertahankan maruah bangsa kita,” tegas Hamzah ketika berucap merasmikan mesyuarat bahagian berkelompok di Melaka.

Menurutnya, hanya pemimpin PN katanya yang bertegas dengan prinsip perjuangan untuk rakyat dan menegaskan pemimpin PN tidak akan boleh dicucuk hidung dan ditarik kiri dan kanan.

“Apakah kita mahu pemimpin kalangan dalam kalangan bangsa kita menjadi mereka boleh dicucuk hidung boleh ditarik ke kiri dan kanan.

“Tidak mungkin bersatu dan rakan PN tak mungkin jadi pemimpin dicucuk hidung ditarik kiri dan kanan,” katanya.

Tambahnya, rakyat kini dihantui dengan segala janji yang ditabur dalam manifesto Pakatan Harapan.

“Hapuskan PTPTN, Mansuhkan tol, minyak murah, hapuskan rasuah, semua ini menghantui rakyat dalam negara.

“Ingat kalau sesuatu yang rosakkan pemikiran rakyat, bangunlah sedarlah, tiada jalan lain hanya satu sahaja tentukan masa depan kita dengan lebih baik, dengan kepimpinan terbaik dikalangan PN yang ada, Bersatu, PAS dan rakan yang lain-lain.

“Saya nak beritahu, orang sudah tak percaya lagi dengan mereka, rakyat sudah tidak percaya dengan kepimpinan yang ada,” tegas Hamzah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share