
KUALA LUMPUR, 25 Jul 25 – Mana-mana rakyat yang cintakan negara dijemput untuk turun beramai-ramai menyertai himpunan Turun Anwar di ibu negara petang esok.
Himpunan anjuran pembangkang itu antara lain mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai perdana menteri kerana didakwa gagal mentadbir negara dengan baik.
Dalam satu rakaman mesej video ringkas Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa rakyat menzahirkan rasa tidak puas hati mereka dalam himpunan tersebut kerana ia adalah satu saluran yang dibenarkan oleh demokrasi.
“Himpunan aman ini satu proses demokrasi yang perlu disokong semua rakyat Malaysia yang terkesan dengan ketidakcekapan kerajaan hari ini, begitu juga yang bosan dengan pembohongan tidak sudah-sudah setiap kali Anwar buka mulut
“Usaha untuk kaburi mata rakyat dengan memberi wang RM100, penurunan harga minyak beberapa sen setelah rakyat dicukai sebegitu banyak umpama tangan kiri ambil tangan kanan beri
“Tapi malangnya yang ambil lebih banyak dari yang diberi. Harga barang keperluan tetap masih mahal,” kata Dr Mahathir.
Bekas perdana menteri dua kali itu berkata, melalui himpunan itu diharap dapat membuka mata Anwar pentadbirannnya tidak disenangi.
“Oleh itu datanglah beramai-ramai supaya dia sedar rakyat sudah jelik dan muak dengan kepimpinannya bosan dengan pembohongan nya.
“Anwar tidak menang pilihan raya secara mutlak. Dia jadi perdana menteri dengan percaturan kuasa selepas PRU. Ini bermakna dia bukan pun pilihan rakyat,” kata negarawan itu.
Disebabkan itu rakyat katanya berhak menuntut Anwar berundur.
“Kerana ini perhimpunan ini berhak desak Anwar turun. Bukan sahaja dia bukan pilihan rakyat dia juga salah guna kedudukannya.
“Himpunan ini satu-satunya saluran yang dibenar dalam demokrasi untuk kita desak Anwar supaya letak jawatan.
“Turun Anwar, kamu telah khianati negara ini,” kata Dr Mahathir lagi. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.