
KUALA LUMPUR, 27 Jul 25 – Perkasa akan meneruskan kempen kesedaran kepada orang Melayu pasca Himpunan turun Anwar semalam.
Presiden Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, kempen pertubuhan itu akan bermula Ogos depan di setiap negeri di seluruh negara.
“NGO-NGO Melayu akan bermesyuarat lagi untuk sambung lagi kempen sedarkan orang Melayu wajib bersatu untuk pertahankan hak Islam dan Melayu serta Bumiputera.
“Program pertama Mei lepas di Kuala Lumpur dan kami akan adakan di setiap negeri bermula Ogos ini,” katanya.
Perkasa juga melihat penganjuran himpunan semalam amat berjaya kerana berjaya menghimpunkan puluhan ribu rakyat ke Dataran Merdeka.
“Peserta yang hadir tidak berganjak sehingga ke penghujung program walau pun beberapa kali hujan renyai turun. Sangat mengagumkan.
“Saya juga amat gembira ada wakil NGO beberapa orang diberi kesempatan untuk berucap di lokasi utama Dataran Merdeka bersama-sama barisan pimpinan tertinggi PN termasuk Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohammad, saya juga mengucapkan tahniah kepada Pemuda PN kerana berjaya menganjurkan himpunan ini”, kata Syed Hassan. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.