
KUALA LUMPUR, 13 Ogos 25 – Nasib mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam semakan kehakiman berkaitan Titah Adendum akan diputuskan Mahkamah Persekutuan pagi ini.
Keputusan itu dijangka akan disampaikan panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim.
“Turut bersidang bersama ialah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah, memetik dari Berita Harian.
Panel Hakim akan memutuskan sama ada mengekal atau mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri itu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan.
Jika rayuan ditolak, semakan itu akan diteruskan di Mahkamah Tinggi.
Namun, sekiranya rayuan dibenarkan, hasrat Najib untuk meneruskan semakan kehakiman ini bagi mendapatkan perintah mandamus supaya menjalani baki hukuman penjara di rumah akan berakhir. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.