Jangan Bimbang Siapa Nak Ganti Anwar, Kata Ezam

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 25 – Persoalan siapa bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tidak perlu timbul kerana beliau adalah perdana menteri yang teruk.

Ezam Mohd Nor berkata, ini kerana pentadbiran Anwar hari ini merosakkan negara.

“Pokoknya kita juga jangan jadi songsang. Terlalu bimbang pada siapa yang boleh ganti perdana menteri.

“Yang perlu kita bimbang  ialah membiarkan negara ini diperintah seorang perdana menteri yang teruk, merosakkan dan songsang,” katanya menerusi kenyataan di facebook.

Katanya, persoalan paling penting adalah mengapa Anwar tidak turun daripada jawatan perdana menteri.

“Persoalan yang lebih  penting sepatutnya ialah mengapa perdana menteri yang seteruk ini tidak turun dan diganti segera!

“Dan terkini, pernah kita lihat seorang perdana menteri yang paling lantang pertahan Palestin tetapi  melutut kepada Amerika Syarikat membeli 30 pesawat daripada syarikat Boeing penaja utama Israel dan Zionis,” kata Ezam.

Tambahnya, negara hanya memerlukan perdana menteri yang berprinsip dan jujur.

“Kita tidak perlu Superman atau superhero menjadi perdana menteri.Cukuplah seorang perdana menteri yang jujur, berprinsip dan tidak songsang,” kata Ezam lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share