
KUALA LUMPUR | 24 Julai 26 – Pengurusan kes saman fitnah yang difailkan oleh Wan Saiful Wan Jan terhadap calon BERSATU Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, ditetapkan pada 18 Ogos 2026.
Wan Saiful berkata, peguamnya memaklumkan bahawa writ saman tersebut telah dihantar dan diterima oleh peguam yang mewakili Tun Faisal.
“Peguam saya memaklumkan bahawa writ saman saya terhadap Tun Faisal Ismail Aziz telah dihantar dan telah diterima oleh peguam beliau.
“Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Ogos 2026,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Menurut Wan Saiful, pengundi DUN Sikamat perlu mengetahui bahawa Tun Faisal yang bertanding sebagai calon BERSATU di kerusi berkenaan sedang berdepan saman fitnah yang difailkannya.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa proses mahkamah akan membuktikan dakwaan yang menjadi asas kepada saman tersebut.
“Pengundi DUN Sikamat perlu tahu perkara ini. Calon BERSATU DUN Sikamat adalah seorang yang sedang menghadapi saman fitnah.
“Insya-Allah proses mahkamah nanti akan membuktikan dia bercakap bohong dalam hal yang disaman,” katanya.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam.
Dalam satu temubual di youtube, ketika mengulas isu terkait Wan Saiful dan Wan Ahmad Fayhsal, Tun Faisal berkata “Yang dapat jana wibawa, wan saiful” secara langsung merujuk kepada Wan Saiful. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.